Microsoft telah melakukan penambahbaikkan terhadap Windows 8 akibat daripada maklum balas pengguna dan sebagai respon, Microsoft telah mengeluarkan sistem operasi meraka yang terbaru, iaitu Windows 10 yang dijangka akan berada dalam pasaran pada pertengahan tahun 2015 . Berikut adalah 6 Ciri-Ciri Terbaru Dalam Windows 10 :

1) Butang ‘Start Menu’  dikembalikan

 Kini, apabila pengguna klik pada butang Start di bahagian bawah sebelah kiri paparan skrin, paparan panel sebelah-menyebelah akan terpapar di skrin . Pada paparan panel sebelah kiri akan terpapar  aplikasi yang selalu digunakan dan aplikasi yang baru digunakan .

Terdapat juga butang kuasa (power button) pada paparan sebelah kiri untuk melakukan proses Hibernasi, Siap Sedia(Stanby) dan Padam (Shutdown).Bagi Panel sebelah kanan pula , terdapat paparan jubin hidup (live tile) yang boleh disesuaikan mengikut kesesuaian pengguna

6 Ciri-Ciri Terbaru Dalam Windows 10 4

2) Carian Universal di Start Menu


Fungsi Alat Carian di bahagian bawah paparan ‘Start Menu’ kini bukan sahaja boleh mencari program dan fail pengguna sahaja (fungsi seperti yang ada pada Windows 7), tetapi carian akan melibatkan  juga keputusan carian yang berada di Internet. Enjin carian yang digunakan dikuasakan oleh Bing, ini bermakna pengguna tidak perlu membuka pelayar untuk membuat carian di Internet . 


3) Fungsi Multiple Dekstop

Fungsi ini membolehkan pengguna membuka satu lagi sistem operasi secara maya di dalam sistem operasi yang sedang digunakan. Fungsi  ‘Multiple Dekstop’ ini adalah sama dengan fungsi ‘Apple Spaces’ yang ditampilkan dalam OS X. Sekarang, proses untuk melakukan 2 perkara seperti memasang dua aplikasi yang sama didalam satu sistem operasi menggunakan satu komputer tidak menjadi masalah kerana dekstop maya boleh diwujudkan dengan mudah .



6 Ciri-Ciri Terbaru Dalam Windows 10 1

 


4) Paparan ‘Multitasking Task View’

Dengan desktop versi baru yang datang dengan fungsi me  ngesan aplikasi yang sedang terbuka atau digunakan pada Windows 10. Pada sistem operasi yang baru ini, pengguna boleh mengaktifkan fungsi ini dengan dua cara , iaitu tekan butang tugas (Task View Button)  atau buat isyarat sapu pada sebelah kiri paparan skrin untuk membuka satu paparan halaman untuk semua aplikasi dan fail yang sedang terbuka.

Fungsi ini tidak banyak berbeza daripada menggunakan gabungan kekunci pintasan (shortcut key) Alt-Tab pada Windows sebelum ini.

6 Ciri-Ciri Terbaru Dalam Windows 10 2


5) Penambahbaikan Skrin Mula (Start Screen)

Fungsi ‘Start Screen’ yang baru ini telah mengoptimumkan isyarat sentuhan untuk semua jubin hidup (live tile) dan aplikasi Windows 8. Ia hadir dengan paparan senarai program dan fail di sebelah kiri paparan skrin.

Ini membolehkan pengguna mendapat akses mudah ke direktori-direktori fail seperti ‘My Documents’ atau ‘PC Setting’ terus dari skrin utama dan menjadikannya lebih mudah untuk mencari aplikasi tertentu, Selain itu , fungsi butang ‘All Apps’ di bahagian bawah paparan skrin membolehkan pengguna untuk membuka satu paparan yang memaparkan semua aplikasi yang telah dipasang pada komputer.

6) Skrin Paparan Kuadran ‘Multitasking’

Snap View adalah cirimultitasking’ yang telah ditambahbaik , ini membolehkan pengguna membuka 4 paparan skrin sekali gus . Walaupun sebelum ini pengguna boleh membuka 4 paparan sekali gus juga , tetapi bilangan aplikasi yang boleh dijalankan secara multitasking dihadkan oleh kerana resolusi skrin peranti.

Ia masih tidak jelas lagi sama ada paparan kuadran (4 skrin paparan) ini bergantung kepada resolusi  skrin juga seperti sebelum ini, tetapi fungsi baru ini akan membuatkan proses untukmultitasking’  lebih cekap. Sistem ini juga berupaya untuk  mencadangkan aplikasi yang perlu dibuka untuk mengisi ruang paparan yang tidak digunakan.


6 Ciri-Ciri Terbaru Dalam Windows 10 3

 

Dijangkakan lebih banyak ciri-ciri menarik yang akan diumumkan oleh Microsoft untuk Windows 10, Nantikannya untuk maklumat lanjut.