Bagi mereka yang menggunakan aplikasi Facebook untuk peranti Window Phone , versi bukan beta yang rasmi telah menerima kemas kini hari ini untuk versi 8.3.3 dari 8.3.2.0 yang kali terakhir dikemaskini pada bulan September lalu .

Jika pengguna mengharapkan ciri-ciri baru atau tambahan , pengguna mungkin akan sedikit kecewa kerana aplikasi ini datang dengan penambahbaikkannya hanya pada peningkatan prestasi aplikasi dan pembetulan pepijat(bug). Sudah tentu, jika pengguna mengalami bug, mungkin kemaskini akan memainkan peranan penting bagi mereka.

Tidak ada berita pada ketika ini bahawa versi beta awam aplikasi facebook ini akan diperbarui , walaupun ia mungkakan berlaku pada masa terdekat ini.

Muat turun Facebook untuk Telefon Windows