Perlukan latihan tanpa apa-apa peralatan? aplikasi #7 WorkOut untuk Windows Phone boleh membantu. Aplikasi ini mempunyai beberapa latihan dengan antara muka pengguna yang mudah, tetapi sangat menarik.

Apabila pengguna membuka aplikasi #7 WorkOut  , terdapat paparan jam randik untuk digunakan bagi memulakan latihan. Sebelum pengguna bermula, pengguna boleh mengubah beberapa perkara seperti jenis latihan dan bilangan litar . Latihan yang tersedia adalah latihan seluruh badan, yang meliputi 12 latihan :

  • Jumping jacks
  • Wall sit
  • Push-ups
  • Crunches
  • Step-ups
  • Squats
  • Triceps dips
  • Plank
  • High knees running in place
  • Lunges
  • Push-ups with rotation
  • Side plank

 

Lakukan latihan mudah dengan aplikasi #7 WorkOut di Windows Phone 1

Setelah mengetuk butang mula, pengguna dapat melihat latihan di bahagian atas. Tekan butang ‘Ready’ untuk memulakan. Jika pengguna tidak melakukan apa-apa tetapan, setiap latihan akan  berlangsung selama 30 saat dengan 10 saat rehat di antaranya. Pengguna boleh mengubah jangka masa di halaman tetapan.

Setiap senaman mempunyai animasi untuk membantu pengguna bagi mengikuti setiap latihan. Terdapat juga suara  yang memotivasi pengguna . Ada butang ‘mute’ jika pengguna tidak mahu mendengar kata-kata motivasi tersebut.

Lakukan latihan mudah dengan aplikasi #7 WorkOut di Windows Phone 2

Aplikasi #7 WorkOut boleh dimuat turun secara percuma daripada Store Windows Phone . Jika pengguna memerlukan senaman yang cepat, aplikasi mudah ini boleh membantu. Cubalah dan beritahu kami apa yang anda fikirkan dalam komen .

Muat turun 7 WorkOut untuk Telefon Windows (Percuma)