Microsoft telah mengeluarkan update untuk Lumia Storyteller , aplikasi asal peranti Windows Phone yang dijenamakan semula yang mempunyai fungsi secara automatik mengumpulkan media berbentuk gambar dan video pada telefon pintar Lumia . kemaskini versi 2.6.0.11 memiliki beberapa ciri-ciri menarik.

Berikut adalah pembaharuan yang dilakukan terhadap aplikasi ini:
  • Pilih folder untuk kandungan ‘Storyteller’
  • Pilihan ‘ Tidak ada muzik ‘ untuk video cerita
  • Tekan lama (press & hold) untuk menu konteks
  • Sokongan yang lebih baik untuk peta luar talian

 

 

Bagaimana untuk membuat dan berkongsi video cerita melalui Lumia Storyteller
  1. Ambil gambar menggunakan aplikasi camera.
  2. Buka Nokia Storyteller .
  3. Buka gambar yang diambil tadi .
  4. 4.Nokia Storyteller secara automatik akan menggunakan maklumat lokasi pengguna sebagai tajuk untuk video. Pengguna boleh mengubah tajuk
    mengikut kehendak sendiri dengan meng-klik pada bahagian ‘Rename story’.
  5. Sebuah tayangan slaid , juga dikenali sebagai video cerita, telah dibuat secara automatik dengan kesan peralihan .Klik untuk menonton video.
  6. Klik butang edit untuk membuat beberapa perubahan.
  7. 7.Puas Hati dengan hasilnya? Kongsikan atau simpankannya di peranti Lumia. Butang ‘Share’ akan memaparkan semua aplikasi¬† yang boleh digunakan pengguna untuk berkongsi video. Ini termasuklah Facebook, e-mel, Flickr, dan lain-lain , tetapi yang paling menarik adalah fungsi yang dipanggil naik ke Youtube.

Adakah anda menggunakan aplikasi Storyteller ini di dalam telefon pintar Lumia anda?

Muat Lumia Storyteller dari Windows Store Telefon

[/one]