Microsoft Devices Group telah mengumumkan kehadiran dua peranti Windows Phone 8.1 terbarunya iaitu Lumia 830 dan Lumia 735 yang pernah diperkenalkan buat pertama kali di pameran IFA yang lalu. Peminat peranti Windows Phone 8.1 tempatan sudah boleh memiliki kedua-dua model ini pada harga RM1,399 dan RM999 bermula 3 Oktober yang lalu. Lumia 830 dan Lumia 735 tersedia dalam empat warna pilihan iaitu Oren Cerah, Oren Hijau, Kelabu dan juga Putih.

Bruce Howe selaku Pengurus Besar, Jualan Peranti Mudah Alih Microsoft Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata, dengan pengumuman Lumia 830 dan Lumia 735, ïa membolehkan pengguna untuk menikmati kehebatan penggambaran dan juga perkhidmatan Microsoft yang berkuasa seperti Skype, Microsoft Office dan One Drive Pada harga yang berpatutan. Di datam majlis pelancaran ini juga, Microsoft Devices dan juga GSC (Golden Screen Cinemas) telah bekerjasama dengan mendedahkan aplikasi GSC Mobile App untuk peranti Windows Phone 8.1 . Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat tempahan tiket wayang dan menguruskan tempahan mereka dengan lebih mudah terus melalui peranti Windows Phone mereka. GSC Mobile App sudah boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Phone Store bermula Oktober lalu.