BlackBerry Limited selaku peneraju komunikasi mudah alih yang sememangnya terkenal dengan sokongan keyboard QWERTY fizikal yang terbaik di kalangan pengguna peranti mudah alih, dengan bangganya telah melancarkan model terbarunya iaitu BlackBerry Passport. Direka khas untuk ahli pemiagaan profesional, BlackBerry Passport menampilkan paparan skrin yang lebih besar dengan keyboard QWERTY fizikal yang menyokong Input sentuhan. Menurut Ben Quirin, Pengarah Urusan Indochina BlackBerry, kehadiran model inl telah menjadi satu penanda aras yang baru di dalam dunïa smartphone dengan pengenalan skrïn empat segi dan juga keyboard QWERTY fizikal yang membolehkan pengguna mengawal smartphone menggunakan input sentuhan di atasnya.

BlackBerry Passport sudah boleh dimliki melalui Celcom secara ekskluslf bermula 10 hingga 30 Oktober yang lalu dengan tawaran harga serendah RM788 dalam wama Hitam sahaja. Manakala pengguna yang ingin memiliki peranti terbaru BlackBeny ini tanpa pelan telco boleh mendapatkannya melalui pengedar rasmi di seluruh negara mulai 1 November 2014 pada harga RM2,399 . Untuk maklumat lanjut sila layari www.blackberry.com/Passport

BlackBerry Passport Boleh Dimiliki Pada Harga RM2,399 Mulai 1 November Ini

Blackberry Passport

Info Menarik BlackBerry Passport :
  • Skrin sentuh berukuran 4.5 inci beresolusi 1440×1440 (453 PPi) dengan paparan Corning Gorilla Glass3
  • Keyboard QWERTY fizikal dengan sokongan input sentuhan untuk kawalan skrin dioperasikan dengan BlackBeny 10.3 terbaru.
  • Keyboard QWERTY fizikal dengan sokongan input sentuhan untuk kawalan skrin dioperasikan dengan BlackBeny 10.3 terbaru.
  • Teknologi BlackBeny Natural Sound menjanjikan bunyi yang lebih berkualiti.
  • Kamera 13 Megapixel dengan sokongan teknologi OIS (Optical Image Stabilization).