Berdasarkan kepada tinjauan dalam talian yang telah dijalankan oleh Trend Micro Incorporated selaku pembangun perisian keselamatan global, hampir 60%, daripada peranti mudah alih dan juga komputer peribadi responden di negara ini tidak dilindungi.Faktor ini akan menyebabkan risiko kepada jenayah siber yang mana setiap saat sebanyak 35 ancaman baru telah dilaporkan.

Tinjaun yang dibuat ke atas 600 responden di Malaysia juga telah menunjukkan bahawa 738 pengguna Internet bimbang tentang perkongsian maklumat peribadi di laman sosial, dan sebanyak 699 responden telah memadam atau menyembunyikan status yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Menyedari akan keperluan untuk melindungi pengguna daripada ancaman siber, Trend Micro telah melancarkan penyelesaian keselamatan yang paling komprehensif yang menawarkan perlindungan daripada ancaman siber untuk PC, Mac, Android dan kini platform iOS.

Trend Micro Maximum Security 2015 Cloud Edition adalah penyelesaian semua-dalam-satu pengguna yang membantu menyelesaikan isu keselamatan dan privasi yang terus mengganggu pengguna Internet. Trend Micro Maximum Security 2015 Trend Micro Internet Security 2015 sudah boleh dimiliki melalui penjual utama produk IT di seluruh negara atau terus melalui laman web rasmi http://www.trendmicro.com.my/ .