Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memberikan pengalaman data yang terbaik kepada pelanggan, Maxis telah menjalankan Ujian Pandu Rangkaian Baru (New Network Test Drive) yang melibatkan lebih 1,000 warga kerja Maxis untuk menguji rangkaian data yang dimodenkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Warga kerja Maxis mengembara ke pusat-pusat pasaran utama di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Objektif uji pandu rangkaian ini adalah untuk membolehkan kakitangan Maxis mengalami sendiri rangkaian baru yang dimodenkan ini dengan cara yang menarik dan menyeronokkan,dan juga untuk melibatkan diri dengan pelanggan secara peribadi. Ujian-ujian yang telah dijalankan adalah berdasarkan tiga bidang utama yang penting untuk pengalaman pelanggan, iaitu kelajuan muat turun, masa muatan (loading time) laman-laman web popular dan penstriman YouTube.