Sebagai penyampai konsert Ed Sheeran dan The Script, Hotlink yang merupakan jenama prabayar Maxis, akan menawarkan 200 pelanggan Hotlink pertama yang membeli tiket untuk mana-mana konsert dengan diskaun 5%. Pelanggan Hotlink boleh mendapatkan kod promo hanya melalui Hotlink RED App. Selain itu, pelanggan juga akan dapat menikmati pengalaman yang eksklusif dan ganjaran sempena konsert-konsert tersebut.

Hanya 200 pelanggan Hotlink dengan kod promo akan dapat membeli tiket untuk konsert Ed Sheeran ini dari 8 November pada harga diskaun RM280.25 (NP.RM295) (tidak termasuk caj tiket RM3). Sementara itu. tiket untuk konsert The Script boleh didapati dari 22 November 2014. Pelanggan boleh memuat turun Hotlink RED App di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Hotlink sempena konsert, sila layari www.hotlink.com.my.