Pelanggan DiGi kini mampu memiliki hotspot Wifi peribadi dengan pengenalan router wayarles terbaru daripada DiGi Telecommunications Sdn Bhd yang dikenali sebagai MobiFi. la membolehkan pelanggan untuk menyambungkan sehingga 10 buah peranti secara serentak pada satu-satu masa untuk mengakses sambungan lnternet.Tersedia di DiGi Stores yang terpilih, pelanggan boleh memiliki MobiFi dengan pembiayaan bulanan mudah serendah RM7 sebulan dengan mana-mana pelan jalur lebar mudah alih yang berpatutan bermula dan RM25 sebulan.

Menurut Praveen Rajan selaku Ketua Bahagian Produk РInternet & Perkhidmatan DiGi, pada masa kini lebih ramai pengguna di Malaysia yang memiliki lebih daripada satu peranti dengan sokongan WiFi. Jadi dengan adanya  MobiFi, ia menjadi satu alternatif kepada mereka untuk menikmati pengalaman Internet DiGi yang konsisten
dengan ahli keluarga dengan hanya satu langganan sahaja.Terdapat dua model peranti MobiFi yang boleh dipilih mengikut keperluan pelanggan iaitu 3G MobiFi yang ditawarkan pada harga serendah RM7 sebulan atau 4G LTE MobiFi pada kadar RM18 sebulan.

Kedua-dua model ini didatangkan dengan bateri terbina-dalam (built-in), pengecas soket dan juga pengecas kereta untuk memastikan penggunaan yang Iebih fleksibel. Untuk maklumat Iebih lanjut berkaitan MobiFi, sila layari http://digi.my/broadband.