U Mobile telah merangsang pencinta muzik dengan pengenalan data percuma untuk penstriman muzik melalui kerjasama dengan KK Box, Era FM, My FM dan Hitz FM. Bermula dari 11 November 2014 sehingga 15 Mei 2015, pelanggan prabayar, pascabayar dan jalur lebar yang baru dan sedia ada yang melanggan dengan pelan data U Mobile, secara automatik akan layak menikmati data percuma bagi membolehkan mereka mendengar muzik terkini dan juga stesen radio kegemaran tanpa batasan.