Kemas kini terbaru WeChat yang kini tampil dengan versi terbaru 6.0 untuk peranti Android dan iOS sudah boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store. Kemas kini terbaru ini memberikan pengalaman sosial ke satu tahap yang baru dengan sokongan fungsi Sight yang membolehkan pengguna untuk merekod klip video berdurasi 6 saat.

Klip video tersebut boleh terus dikongsikan ke ruangan Moments atau ruang sembang. WeChat 6.0 ini juga telah diperbaharui untuk disesuaikan dengan iOS 8 dan bugs yang agak menjengkelkan pengguna telahpun diperbetulkan. Pengguna boleh mengakses fungsi Sight dengan pantas dengan cara meleretkan paparan skrin ke bawah pada paparan utama WeChat. Seterusnya tekan sahaja ikon video untuk mula merekod dan lepaskan ikon tersebut untuk terus berkongsi, sama ada kepada rakan ataupun ke Moments.