Bagi memperluaskan saluran pengedaran pek permulaan prabayar, U Mobile baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Bison Stores. Kerjasama yang strategik dan inovatif ini bukan sahaja dijangka mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk kedua-dua belah pihak. bahkan memperlihatkan U Mobile sebagai telco pertama yang menawarkan pek permulaan prabayar di Bison Stores di negara ini.

Sebagai rujukan , produk U Mobile kini sudah boleh dimiliki melalui pelbagai saluran termasuklah pasaraya besar, kedai serbaneka kedai runcit, hospital, kiosk majalah, hab pengangkutan, lapangan terbang dan pusat membeli belah . Setakat ini U Mobile telah memiliki saluran pengedaran melebihi 22.000 buah outlet di seluruh negara.