Microsoft telah menambah koleksi telefon pintar  Windows Phone terbaru mereka dengan memperkenalkan model Lumia 535 untuk pasaran Global. la merupakan model pertama selepas Microsoft mengambil alih Nokia! Menawarkan spesifìkasi kelas pertengahan, Lumia 535 hanya dibekalkan dengan spesifikasi biasa-biasa sahaja. Menampilkan paparan skrin IPS LCD berukuran 5.0 inci dengan resolusi 540×960 pixels, ia turut menyediakan memori dalaman berkapasiti 8GB, 1GB RAM serta memori tambahan microSD sehingga 128GB.

Manakala untuk penggambaran pula, Lumia 535 tidak ketinggalan disediakan kamera beresolusi 5 Megapixel dengan sokongan LED flash. Bagi yang gemar melancong ke luar negara, peranti ini sangat sesuai buat anda kerana ia telah dibekalkan dengan aplikasi navigasi yang menyokong fungsi turn-by-turn dan arahan bersuara secara percuma untuk seumur hidup.

 

SPESIFIKASI

– Windows Phone 8.1
– Qualcomm Snapdragon 200
– Quad Core 1.2GHz
– 140.2×72.4×8.8mm / 9
– 5.0″/ 540×960 pixels (220 ppi)
– 8GB, 1GB RAM (microSD sehingga 128GB)
– Li-Ion 1905mAh
– (Utama) 5 Megapixel (auto fokus & LED flash) & (Depan) 5 Megapixel