LG tidak melepaskan peluang melancarkan model terbarunya yang hadir dalam kategori mid-range iaitu L Prime. la merupakan model alternatif bagi G3 yang hadir  dengan fungsi lebih rendah berbanding model asalnya.

Walaupun model ini hadir dengan spesifikasi yang rendah, ia masih menyokong fungsi yang memuaskan iaitu paparan skrin 5.0 inci dengan resolusi 480×854 pixels, memori dalaman 8GB bersama RAM 1GB, penggambaran utama 8 Megapixel, manakala kamera hadapan pula beresolusi 1.3 Megapixel serta kapasiti bated Li-Ion sebesar 2460mAh.

Untuk pasaran Brazil pula, peranti ini dilengkapi dengan rangkaian televisyen bagi memudahkan anda menonton walau di mana sahaja berada. Dioperasikan oleh  Android 4.4.2 (KitKat), LG L Prime turut dikuasakan oleh pemproses Quad Core 1.3GHz.

 

SPESIFIKASI

– Android 4.4.2 (KitKat)
– Quad Core 1.3GHz
– 138.2 x 70.6 x 10.7mm /
– Li-Ion 2460mAh
– 5.0″ / 480×854 pixels (196 ppi)
– 8GB, 1GB RAM (microSD sehingga 32GB)
– (Utama) 8 MegapixeI (autofokus & LED flash) & (Depan) 1.3 Megapixel