U Mobile Sdn Bhd, sekali lagi telah membawakan satu berita menarik kepada pelanggan prabayar dengan menawarkan perayauan Internet percuma di 8 buah negara berbeza. U Mobile merupakan telco pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perayauan Internet percuma kepada pelanggan pascabayar pada awal tahun ini. Kini U Mobile telah melanjutkan lagi promosi menarik ini kepada pelanggan prabayar, sekaligus mempamerkan kepimpinan mereka dalam inovasi produk dengan  penyediaan pelbagai perkhidmatan dan penawaran yang unik datam industri.

Bagi membolehkan pelanggan prabayar U Mobile boleh menikmati perayauan Internet percuma di Australia, Taiwan Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Filipina,  Singapura, Taiwan dan Thailand, mereka perlu membuat tambah nilai minimum sebanyak RM50 untuk mendapatkan 50MB data Internet secara percuma pada setiap hari selama 30 hari. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my.

 

Pelanggan Prabayar Umobile Mampu Menikmati Perayauan Internet Percuma Setiap Hari 1