Malaysian Internet Exchange (MyIX) atau Iebih dikenali sebagai Persatuan Pengendali Internet Malaysia yang merupakan satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), baru-baru ini telah mendedahkan statistik penggunaan Internet jalur lebar di Malaysia yang meliputi enam bulan pertama tahun 2014. Menurut Chiew Kok Hin selaku Pengerusi MyIX, penggunaan Internet jalur lebar di negara ini untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2014 telah meningkat sebanyak 105% yang berjumlah 306,970 Mbps.Sebagai perbandingan,jumlah penggunaan Internet jalur lebar pada sepanjang tahun 2013 berjumlah 349,277 Mbps.

Berdasarkan kepada laporan yang didedahkan itu, bulan Jun 2014 memperlihatkan penggunaan Internet jalur Iebar yang paling tinggi setakat ini dengan 61,771Mbps, berbanding hanya 26,032 Mbps pada bulan Jun 2013. Dalam laporan yang berkaitan, Penyelidikan IDC Research mendedahkan  bahawa kadar penembusan peranti mudah alih di Malaysia yang telah melebihi 140% ini menjadi salah satu daripada penyebab faktor kenaikan, di bawah usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (SKMM) yang diketahui sebagai Pakej Komunikasi Belia (YCP) yang telah dilancarkan pada tahun 2012

MyIX juga sentiasa memantau corak penggunaan trafìk jalur lebar tempatan untuk mengenal pasti laman web antarabangsa yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia, dan kemudian menjemput laman-laman web tersebut untuk menyertai  jaringan Internet di MyIX supaya laman web ini boleh dimuatkan lebih cepat untuk pengguna tempatan yang terletak di negara ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myIX.com

 

Penggunaan Internet Jalur Lebar Meningkat Dua Kali Ganda Pada Enam Bulan Pertama 2014 1