Jika anda ingin membeli sebuah wayarles speaker yang canggih dan lain dari yang lain, Amazon telah memperkenalkan sebuah wayarles speaker yang sangat menarik  untuk dimiliki iaitu Amazon Echo. Istimewanya wayarles speaker ini, selain menawarkan fungsi utama iaitu memainkan muzik secara wayerles walau di mana sahaja anda berada, ia juga hadir dengan butang arahan suara mirip seperti “SVoiceM”, “Google Now” dan juga “Siri” .

Sepertimana fungsi arahan suara yang lain, anda boleh bertanyakan soalan kepada peranti ini dan ia akan menjawabnya. Lebih menarik lagi, Echo turut hadir dengan rekaan lebih kompak untuk menjimatkan ruang sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Dan segi kualitinya pula, jangan sesekali mempertikaikan keupayaan peranti  ini kerana ia dilengkapi dengan 7 buah speaker di dalamnya yang mampu menghasilkan kualiti audio kedengaran lebih dinamik.

Selain itu, Amazon Echo turut boleh disambungkan dengan lima peranti serentak serta boleh diletakkan dalam jarak 300 kaki dan peranti anda.

 

Amazon Echo, Speaker Wayarles Dari Amazon 1