Jabra Sport PuIse WireIess adalah yang pertama di dunia , Menggabungkan Sistem Pemantauan Kadar Degupan Jantung Dan Aplikasi Sport Life. Ingin merancakkan aktlviti senaman anda? Kini, senaman lebih menyeronokkan dengan produk terbaru daripada Jabra iaitu Sport Pulse Wireless yang dilengkapi Aplikasi Sport Life. Produk mufti-fungsi ini merupakan produk pertama di dunia yang menggabungkan sistem pemantauan kadar degupan jantung biometrik, prestasi audio Dolby yang mantap serta sistem bimbingan bersuara yang membolehkan anda menikmati kebebasan bergerak atau bersenam tanpa sebarang gangguan.

Melalui aplikasi Sport Life App dan sistem pemantauan kadar degupan jantung bersepadu. anda boleh merancang,, mengesan dan menilai tahap senaman dengan lebih mudah. Di antara kelebihan lain termasuk kemudahan untuk menguji tahap kecergasan dan kelincahan anda, menyelaraskan tahap degupan jantung agar selari dengan latihan dan menetapkan matlamat senaman mengikut jarak, masa serta jumlah kalori yang ingin dibuang.

Selain itu, Sport Pulse Wireless ini juga memberi anda kebebasan untuk bersenam tanpa sebarang gangguan. Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam kerana produk ini terbukti tahan lasak seperti kalis air, ribut dan juga keadaan ekstrem. Teknologi Ergonomic Audio Response Science pula menjanjikan keselesaan dan keselamatan
ketika anda menggunakannya. Reka bentuknya yang kompak dan ringan juga membolehkan anda fokus ketika bersenam, sekaligus membantu anda mengecapi matlamat yang ditetapkan.