Kehadiran portable speaker yang semakin mendapat tempat di hati peminat telah mendorong Ye!! untuk memperkenalkan produk terbarunya yang diberi nama Ye!! Portable Speaker Bluetooth BTS710, khas untuk anda yang gemar mendengar muzik sambil melakukan aktiviti lasak! Kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah selain boleh disambung menggunakan Bluetooth atau teknologi NFC, Ia juga mampu menghasilkan kualiti audio yang baik berbanding speaker biasa walaupun ketika anda berada di persekitaran yang bising.

Di dalamnya telah menggunakan bateri Li-Ion sebesar 2200mAh yang boleh digunakan selama 10 jam tanpa henti dengan sekalian isian penuh. Menampilkan ukuran kompak iaitu 76x76x75 mm dengan lima pilihan warna ceria untuk anda yang terdiri daripada merah jambu, oren, hijau, merah dan juga biru.