Bagi anda yang sedang mencari sebuah kamera Action Cam yang boleh mengambil gambar atau video dan pelbagai sudut menarik. Kodak PIXPRO SP360 pastinya pilihan yang tepat buat anda! Hadir dengan rekaan kompak iaitu berukuran 41.1 x 50 x 38mm, ia memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Mempertaruhkan lensa penggambaran utama beresolusi 16 Megapixel, anda boleh mengambil gambar atau mernbuat rakaman video HD 1080p dan pelbagai sudut.

Fungsi penggambaran yang disokong oleh peranti ini adalah 10fps Multi-burst Shooting, Motion Detection, Time Lapse, Ring, Dome, 360° Panorama, 214° Ultra Wide dan juga Globe. Kodak PIXPRO SP360 juga dilengkapi dengan sambungan WiFi dan juga teknologi NFC yang memudahkan anda berkongsi gambar yang diambil dengan rakan-rakan. Melalui aplikasi PIXPRO, anda boleh mengawal Kodak PIXPRO SP360 hanya menggunakan telefon pintar sahaja.