Penggunaan peranti berskrin sentuh yang semakin popular pada hari ini telah mendorong sebuah syarikat dynamism untuk memperkenalkan produk terbarunya iaitu sebuah kekunci yang diberi nama Cool Leaf. Papan kekunci sentuh yang diperkenalkan oleh dynamism ini hadir dengan 104 anak kunci bersama sebuah touchpad yang dicipta oleh Dr Kazuo Kawasaki.

Menawarkan rekaan moden dan unik, ia memudahkan anda menaip serta menyokong tidak balas haptik yang lebih baik. Apabila tidak digunakan, lampu pada papan kekunci akan terpadam dan ia kelihatan seperti cermin. Lebih menarik lagi, Cool Leaf juga kalis air bagi memudahkan anda membersihkan skrin kekunci yang mudah meninggalkan kesan  berminyak selepas digunakan. Kepada anda yang gemarkan aksesori komputer yang kelihatan unik dan cantik di atas meja, Cool Leaf patut anda miliki!