Lenovo telah memperkenalkan sebuah lagi model terbaru dari siri Yoga iaitu Yoga 3 Pro. Jika Yoga 2 Pro dikenali dengan rekaan yang nipis dan ringan,Yoga 3 Pro membawa konsep ini selangkah ke depan apabila tampil lebih nipis (12.8mm) iaitu 17% lebih nipis dari Yoga 2 Pro dan 14% lebih ringan dengan berat hanya 1.19 kg sahaja. Laptop terbaru ini menggunakan engsel seperti jam tangan, yang dibina dan lebih 800 jenis besi dan aluminium.

Paparan skrin Yoga 3 Pro juga dilihat lebih  terang dan cerah dengan paparan skrin 13.3 inci serta resolusi QHD+ 3200×1800 pixels. Dalamannya pula telah dikuasakan oleh pemproses Intel Core M 5Y70, RAM 8GB DDR3L serta storan SSD sehingga 512GB. Manakala dan paparan grafik pula,  ia menggunakan grafik Intel HD 5300 dan diperkasakan lagi dengan pembesar suara premium JBL dengan pengiktirafan Waves Audio. Laptop Lenovo Yoga 3 Pro menampilkan tiga pilihan warna iaitu Clementine Orange, Champagne Gold dan juga Platinum.