HP Malaysia mengumumkan model terbaru, HP Pavilion X2 yang direka untuk pengguna yang mahukan sebuah peranti yang boleh digunakan sebagal tablet mahu pun komputer riba. HP Pavilion X2 datang dalam dua fungsi iaitu sebuah tablet dengan paparan skrin 10.1 inci beresolusi 1280×800 pixels serta papan kekunci yang boleh dicabut. Peranti ini telah dikuasakan oleh pemproses Intel Atom Z3745D dengan CPU Quad Core berkelajuan 1.336Hz serta grafik Intel HD generasi ke-7.

la juga dilengkapi memori RAM DDR3 berkapasiti 2GB. Penggunaan CPU Intel Atom menjadikannya sangat jimat tenaga, membolehkan bateri pada tablet bertahan sehingga 11 jam lamanya untuk penggunaan berterusan. Apa yang menjadikannya sebuah PC berkuasa penuh adalah penggunaan sistem operasi Microsoft Windows 8.1. Lebih baik lagi, papan kekuncinya bersaiz 97% besar dan papan kekunci biasa. Selain digunakan untuk menaip, ia juga menjadi penutup belakang bagi tablet serta boleh dilipat untuk menjadi penyokong tablet, yang boleh ditegakkan dalam dua sudut.