Canon Hadir Dengan 3 Model Baru PIXMA iaitu PIXMA MG7570, PIXMA E460 & imageCLASS LBP6030w .Canon sentiasa menawarkan teknologi terkini pada pencetaknya bagi memenuhi keperluan mencetak para pelanggan hari ini. Tema pelancaran berasaskan kepada pengalaman baharu pasaran mencerminkan inovasi  berterusan mereka di dalam usaba membolehkan para pelanggan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk Canon.

Canon telah melancarkan beberapa model pencetak dan pengimbas terbaru milik mereka. Tumpuan utama yang diberikan adalah pencetak inkjet semua-dalam-satu, PIXMA MG7570. Menanknya peranti ini, ia dilengkapi dengan teknologi NFC untuk mencetak atau mengimbas terus daripada telefon pintar anda. Selain itu, dengan aplikasi PIXMA Printing Solution, anda boleh memeriksa dakwat yang masih tinggal pada peranti ini.

Selain itu, pencetak jimat dakwat PIXMA E460 yang diperkenalkan juga menyokong sambungan WiFi untuk memudahkan anda mencetak walaupun di mana sahaja anda berada. Aplikasi PIXMA Cloud Link membolehkan anda mencetak gambar terus dan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Picasa, Photobucket, Flickr, Evernote dan  juga Dropbox. Manakala model terakhir yang memperkenalkan adalah pencetak laser yang dikenali dengan nama imageCLASS LBP6030w. la merupakan pencetak laser mampu milik serta dilengkapi sambungan WiFi.