Hewlett Packard telah bekerjasama dengan pereka terkenal, Michael Bastian dengan melancarkan sebuah jam tangan pintar yang dikenali sebagai MB Chronowing dan  boleh dipadankan dengan peranti iOS mahupun Android. MB Chronowing dikeluarkan dalam dua model iaitu Stainless Steel serta Edisi Khas (PVD Plating) yang  menggunakan kaca kristal dan hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja. Istimewanya MB Chronowing, ia direka mirip seperti jam tangan biasa, di mana hadir dengan fungsi menarik seperti memberitahu notifikasi jika terdapat SMS atau emel yang belum dibaca.

Bukan itu sahaja, melalui jam tangan pintar ini, anda boleh mengawal muzik dengan mudah. Menurut websitenya, MB Chronowing boleh digunakan selama seminggu  tanpa perlu mengecasnya.Tetapi adakah ia benar? Kepada anda yang berminat untuk memiliki jam tangan pintar MB Chronowing ¡ni, layari sahaja laman sesawang http://www.gilt.com/sale/men/mm/michael-bastian-x-hewlettpackard-1.