Banyak kamera keselamatan hari ini hadir dengan ciri-ciri sensor bergerak (motion detector), di mana ia akan memberitahu apabila terdapat orang yang memasuki rumah anda. Tetapi anda tentunya tidak mahu diganggu apabila sudah lewat malam dan orang tersebut merupakan salah seorang ahlí keluarga sendiri bukan? Jangan risau,  kehadiran Simplicam pastinya dapat membantu masalah anda!

Simplicam adalah sebuah kamera keselamatan yang menyokong sambungan WiFi serta tampil dengan fungsi pengecaman wajah (face detection). Fungsi ini memudahkan anda, di mana akan membezakan wajah keluarga mahu pun pencuri yang telah masuk ke dalam rumah. Namun begitu, fungsi pengecaman wajah ini bukanlah  didatangkan sekali apabila anda membeli Simplicam, sebaliknya perlu membayar di antara USD49.99— USD229, kira-kira RM167 — RM766 (setahun) untuk menggunakan fungsi ini.

Di antara fungsi lain yang disediakan pada peranti ini adalah rakaman video HD 720p, Penggera & Amaran, Penglihatan Malam, Keselamatan dan juga Percakapan Dua Hala.