Logitech baru-baru ini telah memperkenalkan tetikus tanpa wayar barunya yang diberi nama Wireless Mouse Logitech M280. Menariknya tetikus ini, ia direka secara melengkung mengikut bentuk tapak tangan anda. Di dalamnya pula tersedia sebuah Sensor Optikal Logitech yang mampu meningkatkan kejituan dan respon walau di mana sahaja anda menggunakan tetikus ini.

Memandangkan pengguna hari ini semakin banyak meluangkan masa untuk menggunakan desktop, komputer riba dan juga tablet dalam kehidupan seharian, maka kehadiran tetikus yang selesa digunakan adalah sangat penting.Logitech menggunakan proses pertukangan tangan untuk mencipta Wireless Mouse Logitech M280.

Dengan rekaan sebegini, ia membolehkan Logitech mendapatkan bentuk yang ergonomik, dinamik dan natural. Wireless Mouse Logitech M280 yang serasi dengan semua sistem operasi turut hadir dengan teknologi penjimatan tenaga. la akan masuk ke mod tidur secara automatik apabila tidak digunakan agar bateri boleh bertahan lebih lama iaitu selama 18 bulan.