Baru-baru ini BlackBerry telah memperkenalkan model terbarunya yang diberi narna Passport. Jika dilihat dari reka bentuk Passport, ia  menawarkan rekaan segi empat sama yang hampir sama dengan LG Optimus Vu cuma Passport dilengkapi bersama keyboard QWERTY.

Tahukah anda, sebelum Passport diperkenalkan terdapat beberapa model telefon pintar yang pernah menampilkan rekaan segi empat sama dan kelihatan lebih unik? Diantara model yang pernah dikeluarkan menyokong rekaan flip adalah LG LX600 (LG Lotus), Motorola Flipout, Nokia 7705 Twist, Nokia X5-O1, Samsung Cleo, Alcatel OT-808, BenQ Z2 dan juga Zen Mobile Z90.

Berikut Adalah Beberapa Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak

LG LX600 (LG Lotus)

LG LX600 atau lebih dikenali sebagai LG Lotus merupakan sebuah telefon pintar yang dikeluarkan untuk telco Sprint, ia hadir dengan paparan skrin berukuran 2.4 inci beresolusi 240×320 pixels. Menariknya peranti ini, ia dilengkapi dengan keyboard QWERTY untuk memudahkan anda menaip mesej dan juga melayari Internet.Bagi yang suka bergambar pula, LG Lotus telah disediakan dengan penggambaran 2 Megapixel bersama sambungan Bluetooth 2.1 + EDR. Rekaan kompak memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 4

Motorola Flipout

Motorola Flipout hadir dengan spesifikasi lebih menarik berbanding LG Lotus. Menampilkan paparan skrin berukuran 2.8 inci dengan kepadatan pixels mencapai 143 ppi, peranti ini turut dioperasikan oleh Android 2.1 (Eclair). Untuk kelancaran peranti pula, ia menawarkan pemproses Single Core berkelajuan 600GHz, sokongan Chipset T1 OMAP 3410 serta memori berkapasiti 150MB dan 512MB RAM, 512MB ROM. Manakala bagi fungsi multimedia pula Flipout menyokong lensa penggambaran 3 Megapixeltanpa kamera hadapan serta dilengkapi dengan bateri Li-ion berkapasiti 11 30mAh

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 5

Nokia 7705 Twist

Berlainan pula dengan Nokia 7705 Twist yang dikeluarkan untuk telco Verizon ini di mana menawarkan spesifikasi yang agak rendah! Selain menampilkan paparan skrin berukuran 2.4 inci dengan resolusi 320×240 pixels, peranti ini hanya menyokong lensa penggambaran utama beresolusi 3 Megapixel serta bateri berkapasiti 860mAh. Nokia 7705 Twist yang hadir dengan ukuran 69 x 69 x15 mm dan seberat 98g  turut menyokong keyboard QWERTY dan juga dual SiM dual standby.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 2

Nokia X5-01

Nokia X5-01 adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada mereka yang gemar mendengar muzik! Hadir dengan 5 warna ceria yang terdiri daripada merah jambu, hijau, hitam, biru dan juga ungu, peranti ini turut dibekalkan dengan skrin berukuran 2.36 inci bersama kepadatan pixel mencapai 169 ppi. Pada bahagian depan X5-01 telah disediakan dengan butang muzik bagi memudahkan pengguna mengawal muzik yang sedang dimainkan. Selain dioperasikan oleh Series 60 serta dikuasakan oleh pemproses ARM 11 600MHz, X5-01 dibekalkan bersama lensa penggambaran 5 Megapixel dengan kemampuan LED flash dan juga bateri berkapasiti 950mAh.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 3

Alcatel OT-808

Alcatel OT-808 merupakan sebuah telefon pintar kompak yang menawarkan paparan skrin sentuh berukuran 2.4 inci dengan kepadatan pixel mencapai 167 ppi . Menariknya peranti ini, ia disasarkan untuk pengguna wanita kerana pada bahagian depan peranti ini kelihatan seperti cermin. Hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah jambu, peranti ini turut menyokong beberapa fungsi menarik. Di antaranya adalah penggambaran beresolusi 2 Megapixel, memori dalaman 80MB, Bluetooth v2.0, keyboard QWERTY serta kapasiti bateri 850mAh.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 6

Samsung Cleo

Samsung Cleo hadir dengan rekaan aluminium yang kelihatan eksklusif,malah pembuatan kerangkanya juga terasa lebih berkualiti. la  menawarkan keyboard QWERTY yang lebih lebar dan besar, sangat sesuai digunakan ketika menaip mesej danjuga melayari laman sosial. Walaupun hadir dalam kategori bajet.Samsung Cleo masih menyokong pelbagai fungsi menarik untuk anda seperti paparan skrin berukuran 2.2 inci dengan resolusi 220×176 pixels, skrin depan 1.0 inci (96×96 pixels), memori dalaman berkapasiti 55MB, lensa kamera beresolusi 1.3 Megapixel serta bateri Li-Ion berkapasiti 800mAh.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 7

Zen MobiIe Z90

Zen Mobile juga pernah melancarkan model flip iaitu Z90. Jika dilihat spesifikasi yang ditawarkan, model ini menawarkan spesifikasi yang tidakjauh beza dengan model-model lain memandangkan ia juga hadir dalam kategori low-end.Selain menampilkan paparan skrin berukuran 2.4 inci dengan resolusi 320×240 pixels serta memori dalaman berkapasiti 50MB, ia turut dibekalkan dengan lensa kamera utama beresolusi 3 Megapixel. Lebih menarik lagi, Zen Mobile Z90 turut dibekalkan dengan dua slot kad SIM yang menyokong dual standby. Namun  begitu,telefon pintar ini tidak didatangkan dengan keyboard QWERTY sebaliknya hanya keypad biasa.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 8

BenQ Z2

Baru-baru ini BenQ telah melancarkan model baru setelah agak lama menyepi daripada mengeluarkan telefon pintar. Sebelum ini, BenQ pernah tampil dengan sebuah model segi empat yang diberi nama Z2. Sekali pandang ramai yang tidak menyangka ia sebuah telefon pintar kerana kedudukan keypadnya yang unik. Keistimewaan model ini adalah kehadiran teknologi 3D Surround Sound yang disokong mampu menghasilkan kualiti audio yang kedengaran sangat jernih walaupun ketika membuka pembesar suara. Menampilkan paparan skrin TFT berukuran 1.5 inci serta memori dalaman berkapasiti 80MB, BenQ Z2 turut menawarkan lensa kamera utama 1.3 Megapixel bersama LED flash serta bateri Li-ion sebesar 1000mAh.

Imbas Kembali Telefon Pintar Dengan Rekaan Berkotak 1