Sangat mudah untuk menukar font di peranti apple dengan tweak Bytafont. Perkara pertama yang perlu dilakuan adalah memuat turun tweak BytaFont ini daripada cydia. Setelah selesai, pergi ke Cydia > Section > Fonts dan di situ, anda boleh memilih font-font yang berlainan yang anda rasakan sesuai.

Bytafont-Tweak-cydia2

Kemudian , pergi semula ke papan muka utama(home) dan lancarkan aplikasi BytaFont. Anda akan melihat font yang telah dimuat turun tadi berada di dalam tetapan aplikasi BytaFont tersebut. Pilih font yang anda mahukan dan satu paparan tetingkap akan dipaparkan untuk mengesahkan penukaran font, pilih Yes.

Peranti apple anda akan respring dan font anda akan bertukar kepada yang baru. Pengguna juga boleh memilih sama ada untuk menukarkan font di seluruh sistem peranti Apple ataupun dibahagian tertentu sahaja.

Tweak ini boleh didapati di repo Modmyi secara percuma

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.