Hari ini,  pada CES 2015, BlackBerry mengumumkan bahawa BBM akan boleh digunakan oleh Android Wear tidak lama.BBM mengambil peluang ke atas kebolehan fungsi yang telah tersedia di dalam Android Wear SDK.

Apabila pengguna mendapat permintaan kenalan baru, BBM tidak akan menunjukkan gambar kenalan (untuk tujuan keselamatan). Tetapi apabila pengguna berhubung dengan kenalan tersebut, foto kenalan tersebut akan dipaparkan untuk apa jua pemberitahuan yang diterima.

Apabila pengguna menerima mesej, dengan membuat pergerakan meleret ke kiri, memberikan pengguna pilihan untuk membalas mesej tersebut. Pengguna juga boleh membalas mesej yang diterima menggunakan arahan suara Google Voice melalui Android Wear.