Adakah kanak-kanak hari ini memerlukan tablet supaya mereka lebih pintar? Oleh itu, Samsung telah melancarkan model terbarunya yang diberi nama GalaxyTab 3 Kids. Apa yang membezakan GalaxyTab 3 Kid milik Samsung ini berbanding tabletnya yang lain pastinya dan segi reka bentuk dan juga warna!

Selain dilengkapi dengan beberapa aplikasi untuk anak-anak anda bermain dan belajar, terdapat juga fungsi Time Management yang boleh mengatur bila waktunya tablet ini beroperasi atau digunakan. Jika anak-anak anda cuba untuk menggunakannya di luar waktu yang telah ditetapkan, maka tablet ini akan meminta kata laluan (password).

Selain menggunakan bahan kids-friendIy yang lebih selesa untuk dipegang, sebagai tambahan Galaxy Tab 3 juga disediakan bersama stand dan juga pen stylus.

Spesifikasi
OS: Android 4.1 (Jelly Bean)
CPU: Dual Core 1.26Hz
Ukuran: 111.1x188x9.9mm
Skrin: 7 inci dengan resolusi 1024×600 pixels (170 ppi)
Penggambaran: (Belakang) 3 Megapixel, (depan) 1 Megapixel
Memori: 8GB, 1GB RAM
Bateri: 4000mAh