Sebelum ini Sony memperkenalkan sebuah Bluetooth headset yang dikenali sebagai SBH50, terbaru muncul sebuah lagi model yang seakan sama dikenali sebagai Smart Bluetooth Headset SBH52. Kehadiran peranti ini pastinya memudahkan anda mengawal bukan sahaja muzik, malah juga panggilan telefon serta membaca SMS.

Jika pada model SBH50 , anda perlu menjawab panggilan menggunakan earphone, berlainan pula dengan SBH52 ini. Dengan SBH52 , anda boleh terus menjawab panggilan pada peranti ini tanpa earphone kerana ia telah disediakan dengan sebuah earpiece. Cara menggunakannya juga mudah, anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan sambungan Bluetooth mahupun NFC.

Walaupun tampil dengan rekaan kompak, usah risau mengenai kualiti audio yang ditawarkan olehnya , kerana Smart Bluetooth SBH52 mampu menghasilkan kualiti audio dinamik sama ada ketika anda sedang mendengar muzik mahupun berbual di talian.

Smart Bluetooh headset yang kelihatan mirip seperti pemain MP3 versi kompak ini turut disediakan dengan fungsi radio FM dan juga sebuah clip untuk memudahkan ia digantungkan pada poket baju mahupun seluar.