i.Tech MusicBand 811 merupakan sebuah earphone pintar yang hadir dengan teknologi aptX, di mana ia dapat menapis bunyi bising di kawasan persekitaran anda. Bukan itu sahaja, MusicBand juga menyokong teknologi HD Voice yang secara automatik akan meningkatkan kualiti bunyi apabila anda sedang berbual di talian mahupun mendengar muzik.

Bagi penggemar K-pop, kehadiran fungsi Bass Boost pastinya menyeronokkan kerana anda boleh mendengar muzik berirama K-pop dengan kualiti bass yang menakjubkan. Manakala untuk penjimatan bateri pula, MusicBand 811 telah menyokong teknologi Bluetooth Smart yang menawarkan masa berbual selama 4.5 jam, 4 jam untuk mendengar muzik manakala waktu menunggu pula sehingga 100 jam.

Hadir dengan rekaan simple tetapi masih kelihatan elegan, earphone ini turut menawarkan keselesaan yang optimum dengan penyediaan tiga ear-bud dengan pelbagai saiz berlainan yang boleh dipakai dengan selesa untuk tempoh agak lama.