Gemar mendengar muzik bersama kawan-kawan, tetapi tidak berpuas hati dengan kualiti audio yang dihasilkan dan smartphone mahupun tablet? Usah risau kerana Jabra juga memperkenalkan sebuah wayarles speaker yang dibeni nama Solemate dengan sambungan teknologi NFC.

Selain hadir dengan rekaan lebih kompak berbanding Solemate Max bagi memudahkan anda membawanya keluar, ia juga dilengkapi dengan aplikasi terkini Jabra Sound.

Memandangkan semakin ramai pengguna smartphone yang menggunakan YouTube sebagai perkhidmatan pengstriman utama mereka, aplikasi ini membolehkan anda menyalurkan muzik mahupun video dari YouTube atau di dalam peranti sedia ada untuk memainkan semula mengikut cita rasa sendiri.

Bukan itu sahaja, Solemate turut dibekalkan dengan teknologi Dolby Digital Plus berprestasi tinggi yang mampu menghasilkan kualiti audio lebih jernih.