Kehadiran Bluetooth speaker yang semakin mendapat tempat dihati peminat telah mendorong Jabra untuk memperkenalkan produk terbarunya yang diberi nama Solemate Max, khas untuk anda yang gemar mendengar muzik atau berhibur bersama kawan-kawan tersayang.

Kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah ia dilengkapi dengan Social Jukebox, di mana anda boleh menyenaraikan lagu kegemaran dan berkongsi senarai lagu tersebut ke laman Facebook supaya mereka dapat mengundi lagu kegemaran masing-masing.

Kehadiran fungsi Dolby Sound Space Expander juga mampu menghasilkan kualiti audio yang lebih baik berbanding speaker biasa walaupun ketika anda berada di persekitaran yang bising.

Lebih menarik lagi, kini anda tidak perlu risau untuk membawa peranti ini ke tepi pantai mahupun ketika melakukan aktiviti lasak kerana Solemate Max sememangnya direka khas untuk mereka yang aktif kerana ia kalis air, debu danjuga pasir

Info

  • Peranti ini menyediakan dua alat pembesar suara, sebuah bass slave yang direka khas dan Dolby Sound Space Expander yang memainkan muzik tanpa wayar,seperti mana yang diimpikan.
  • Bateri boleh dicas semula , jadi anda boleh menikmati muzik tanpa henti selama 14 jam.
  • Kalis air, debu dan kotoran supaya anda bebas menggunakannya untuk aktiviti luar.
  • Rekaan kompak Iebih menjimatkan ruang di rumahmahupun luar rumah.
  • Speaker tanpa wayar ini sangat mudah dipadankan dengan menggunakan Bluetooth mahupun NFC.