Pasti ramai di kalangan anda gemar melayari Internet mahupun membaca buku di dalam posisi meniarap bukan? Namun begitu, apabila meniarap dalam jangkamasa yang lama ,ia boleh membuatkan badan dan leher berasa sakit. Dengan kehadiran Bantal Utsubusene (Utsubusene Cushion) pastinya dapat membantu menyelesaikan masalah yang dialami .

Jika melihat dari rekaan bantal ini, ia mirip seperti bantal biasa. Tetapi Utsubusene Cushion ini adalah sebuah bantal yang direka khas untuk membolehkan mereka yang gemar melayari Internet serta membaca dalam posisi meniarap dijamin tidak akan membuatkan leher dan badan anda berasa sakit.

Ini kerana, pada bahagian bawah bantal ini telah tersedia penyelaras yang diperbuat daripada besi, selain boleh menampung berat badan anda.