Walaupun Microsoft telah memberi petunjuk bahawa jenama Internet Explorer akan dihentikan, pembangun perisian Microsoft telah mengesahkan bahawa pelayar untuk sistem operasi Windows akan menggunakan nama baru untuk pelayar mereka yang akan datang, yang dikenali dengan nama kod  Project Spartan.

Microsoft Menamatkan Jenama Internet Explorer 1

Berucap di Majlis Microsoft Convergence semalam, ketua pemasaran Microsoft, Chris Capossela mendedahkan bahawa syarikat itu kini sedang berusaha untuk membuat penjenamaan semula pelayar Internet Explorer dan sedang meneliti pelayar dengan nama dan jenama  yang sesuai untuk berada di dalam Windows 10.

Internet Explorer masih lagi disertakan dalam sesetengah versi Windows 10 terutamanya untuk keserasian versi perusahaan (enterprise). Bagi pengguna umum pula, Windows dilihat telah cuba untuk meperkenalkan pelayar baru yang berasaskan Projek Spartan ini. Projek  Spartan ini  akan menjadi medium utama untuk para pengguna Windows 10 untuk melayari web.

Imej negatif dan persepsi buruk pengguna terhadap Internet Explorer sejak pengenalannya dengan segala jenis masalah yang dihadapi oleh pelayar Internet Explorer nampaknya  cuba diubah dan diperbaiki oleh Microsoft.

Sumber : TheVerge