Pembangun aplikasi, Mohammad Abu – Garbeyyeh sebelum ini telah menunjukkan bagaimana peranti smartwatch Android beliau menjawab panggilan daripada iPhone dan memaparkan pemberitahuan notifikasi dari iPhone .

Apa yang menarik perhatian adalah pemberitahuan notifikasi apabila kapasiti bateri berada dalam keadaan rendah dan kawalan muzik iOS ditunjukkan dalam video baru ini adalah dua ciri yang boleh dilaksanakan tanpa perlu melakukan sebarang proses jailbreak .