Pembangun aplikasi Mohammad Abu – Garbeyyeh telah berjaya menggabungkan Smartwatch Android Wear untuk berfungsi bersama dengan iPhone .

Hari ini beliau memuatnaik satu video Smartwatch Android Wear yang menjawab panggilan daripada iPhone dan di mana beberapa jam sebelum itu,  beliau telah memuatnaik juga satu video yang menunjukkan peranti Smartwatch Android Wear memaparkan pemberitahuan notifikasi dari pada peranti iPhone .

Menurutnya , untuk menggabungkan dua peranti ini berfungsi bersama, proses jailbreak pada iPhone tidak perlu dilakukan .

Sumber : 9to5Mac