Langkah 1

Buka Aplikasi Cydia pada peranti iDevice anda dan klik butang Manage yang terletak di bahagian bar di bawah.

Cara Menambah Repo Baru Didalam Cydia1

Langkah 2

Sekarang pada paparan skrin Manage klik pada butang Edit pada sebelah kanan atas skrin anda. Seterusnya anda perlu klik pada butang Add. Dari sini anda juga boleh memadam repo yang telah ditambah jika anda mahu. Cydia akan meminta anda memasukkan URL APT (repo link address). Selepas selesai, tekan butang Add Source.

Cara Menambah Repo Baru Didalam Cydia2

Langkah 3

Setelah alamat telah disahkan Cydia akan memberi amaran kepada anda tentang repo. Ia tidak memberi amaran kepada  pengguna tentang semua repo tetapi jika keluar amaran tersebut , anda perlulah menekan butang Add Anyway untuk meneruskan proses. Cydia akan memuat turun data dari sumber yang anda baru sahaja tambah. Ini akan mengambil beberapa saat.

Cara Menambah Repo Baru Didalam Cydia3

Sumber anda telah ditambah dan anda boleh memuat turun apa sahaja yang anda mahu dari repo yang telah ditambah tadi. Sumber anda yang telah ditambah akan muncul dalam senarai Source di Cydia dan anda boleh memadamnya dari sana apabila anda mahu.

Sila Ke Senarai Repo yang selalu Digunakan