Satu laporan baru dari Neowin memberikan sedikit sinar harapan mengenai status projek ini.

Menurut artikel yang dikeluarkan Neowin itu , Microsoft masih giat membangunkan keupayaan untuk menjalankan aplikasi Android pada Windows Phone . Namun , buat masa sekarang , projek itu masih belum mendapat lampu hijau sepenuhnya untuk digabungkan sekali ke dalam sistem operasi Windows 10 (mobile).

Microsoft berkata bahawa mereka akan mungkin akan meneruskan projek terbabit sebagai projek sampingan dan sebagai plan sokongan jika aplikasi Windows Apps gagal untuk mendapat reaksi positif dari pengguna Windows Phone.