Adakah anda sering mengalami masalah fon telinga tercabut ketika sedang memakainya disebabkan plug yang menyambungkannya longgar? Jika Ya, Magzet adalah penyelesaiannya . Magzet adalah sebuah peranti penyesuai atau adapter yang mempunyai fungsi seakan MagSafe untuk digunakan di bahagian audio jack fon telinga anda.

Magzet - Membawakan Ciri-Ciri Magsafe Di Audio Jack 1


Magzet terdiri daripada dua bahagian iaitu MAGkap dan MAGjack. MAGkap adalah bahagian untuk anda memasukkan audio jack fon telinga anda dan MAGjack adalah bahagian yang akan disambungkan ke mana-mana port audio jack di peranti pintar smartphone ataupun laptop.
Magzet - Membawakan Ciri-Ciri Magsafe Di Audio Jack 2

Dengan menggunakan teknologi magnet , MAGkap akan sentiasa berdetap bersama-sama dengan MAGjack. Jika kabel fon telinga anda secara tidak sengaja tertarik atau direntap, magnet yang ada pada Magzet ini akan secara automatik menariknya kembali. Tambahan pula , masalah kabel fon telinga dan alat audio yang rosak kerana direntap dapat diselesaikan.
 Layan video berikut :

Sumber : Magzet