Buat masa sekarang Skype boleh digunakan di platform seperti PC, Xbox dan juga telefon pintar. Baru-baru ini, Microsoft melancarkan  Skype for Web versi beta bagi memudahkan pengguna untuk berhubung bersama rakan-rakan dan juga keluarga mengunakan Skype hanya menggunakan pelayar sebagai medium perantara .

Microsoft Melancarkan Aplikasi Skype For Web Versi Beta Untuk Tujuan Percubaan 1

Fungsi yang ditawarkan bukan sahaja terhad kepada perbualan mesej teks yang biasa sahaja , tetapi ia turut menyokong fungsi panggilan video dan panggilan suara juga. Buat masa sekarang , aplikasi beta ini hanya diberikan kepada sesetengah individu sahaja oleh Microsoft untuk tujuan percubaan .

Masih tiada pengunguman rasmi dari Microsoft tentang pelancaran aplikasi Skype For Web versi beta ini untuk umum.