Sehari selepas versi beta pelayar web Opera Mini untuk Windows Phone dikemaskini dengan antara muka pengguna yang baru , aplikasi ini telah dikemaskini sekali lagi, tetapi tanpa log perubahan disenaraikan bagi menunjukkan tiada sebarang perubahan besar dilakukan.

Versi beta aplikasi Opera Mini diberi nombor versi 8.0.1.7 , tetapi disebabkan versi beta ini dilancarkan beberapa hari selepas  kemas kini utama dilakukan yang menyebabkan beberapa perubahan antara muka pengguna jelas dapat dilihat , kemas kini kecil ini mungkin lebih kepada untuk memperbaiki beberapa bug-bug kecil selepas kemaskini besar dilakukan.