Aplikasi pelayar popular Opera Mini telah dikemaskini dengan memperkenalkan antara muka pengguna baru .

Walaupun tidak ada log perubahan untuk versi 8.0.0.6730 pada Windows Phone Store , dapat dilihat dengan jelas bahawa kebanyakan perubahan dalam kemas kini terbaru ini lebih tertumpu di sekitar memperbaiki visual antara muka pengguna.

Antara yang ditambah baik adalah susun atur antara muka paparan lawatan pantas (speed dial) yang membenarkan pengguna untuk melawat laman kegemaran dengan mudah dan pantas.

Juga ditambah baik adalah, apabila pengguna beralih antara tab yang dibuka , pengguna akan dipaparkan imej paparan awal laman web yang hendak dibuka tersebut.