Semua sedia maklum, Apple telah menyekat beberapa akses kedalam fail yang ada didalam peranti Apple. Ini akan membuatkan pengguna peranti Apple akan mengalami sedikit kesukaran dalam memindahkan data yang berada di dalam peranti Apple.

Ini juga akan membuatkan pilihan untuk membuat pemasangan aplikasi terbatas dan hanya boleh melakukan iTunes sahaja untuk melakukan pemasangan aplikasi.

Terdapat suatu aplikasi yang dipanggil iFunbox. Aplikasi ini berupaya memberikan pengguna akses kepada semua data-data yang berada di dalam peranti mereka selain memudahkan proses pemasangan aplikasi (terutamanya yang telah di ubahsuai –cracked-) daripada peranti Apple.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memindahkan data seperti gambar, muzik, video dengan mudah tanpa perlu membuka iTunes. Untuk membuat pemasangan aplikasi yang telah diubahsuai –cracked– , peranti Apple pengguna mestilah di jailbreak dahulu.

Cara-cara untuk membuat pemasangan aplikasi menggunakan iFunBox

  1. Muat Turun iFunBox
  2. Sila Muat Turun juga iTunes  kerana ada beberapa kes yang memerlukan iTunes dipasang di komputer/laptop pengguna (Peranti Apple tidak dapat dikesan di Komputer pengguna)
  3. Buka Aplikasi iFunbox dan tunggu sebentar sehingga mendapat mesej bahawa peranti Apple anda telah disambungkan.
    Cara Membuat Pemasangan Aplikasi Menggunakan iFunBox 1
  4. Pada bahagian atas bar menu, terdapat satu bar yang tertulis Install App , Klik bar tersebut, paparan tetingkap Windows Explorer akan muncul.
    Cara Membuat Pemasangan Aplikasi Apple Menggunakan iFunbox3
  5. Cari aplikasi yang mempunyai lanjutan .ipa di belakang setiap aplikasi
  6. Klik open di Windows Explorer dan proses pemasangan akan berlaku secara automatik
    Cara Membuat Pemasangan Aplikasi Apple Menggunakan iFunbox5
  7. Selesai, aplikasi berjaya dipasang