Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge hadir dengan kelemahan 56 aplikasi yang sudah siap dipasang(pre-installed) bersamanya tetapi tidak memberi keupayaan untuk pengguna memadam aplikasi-aplikasi tersebut, lapor Gizmodo.

Sebelum pelancarannya , terdapat khabar angin mengatakan bahawa Galaxy S6 akan menampilkan kurang bloatware daripada peranti sebelumnya. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku. Gizmodo melaporkan terdapat 56 aplikasi yang sudah siap dipasang (pre installed) hadir bersamanya , melebihi 6 unit aplikasi yang terdapat pada peranti Galaxy Note 4 yang terdahulu .

Walaupun Samsung pernah menyatakan bahawa mereka akan membenarkan pengguna peranti Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge untuk membuang aplikasi-aplikasi yang sudah siap pasang (preinstalled), tetapi nampaknya , pengguna hanya dibenarkan untuk melumpuhkan (disable) aplikasi-aplikasi yang tidak digunakan sahaja.

 

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.