Multify adalah suatu tweak yang membawakan pengalaman multitasking iOS ke suatu tahap baru serta mudah difahami cara penggunaannya bagi pengguna-pengguna peranti Apple yang sudah di-Jailbreak.

Tweak ini dibangunkan oleh John Corbett dan Joel Einbinder yang membenarkan pengguna bertukar-tukar di antara aplikasi yang sedang aktif secara pantas dan apa yang lebih menarik , tweak ini membenarkan pengguna menggunakan beberapa aplikasi dalam satu paparan skrin secara serentak.

Pada bahagian konfigurasi tweak ini , ia membenarkan pengguna membuat tetapan untuk melaraskan saiz dan lokasi aplikasi apabila fungsi multitasking diaktifkan. Dengan menggunakan tweak ini, adalah tidak mustahil jika terdapat tiga atau empat aplikasi beroperasi secara serentak dan pengguna boleh menggunakan atau berinteraksi dengannya secara sebelah menyebelah dalam satu paparan skrin.

Apabila tweak Multify ini dipasang dan dilancarkan di peranti iPhone. Akan terdapat satu ikon ‘+’ akan terpapar pada paparan skrin peranti. Sentuh(touch) ikon ‘+’ tersebut , satu paparan baru yang akan memaparkan pilihan aplikasi yang boleh dipilih untuk diaktifkan menggunakan tweak ini. Pengguna boleh memilih mana-mana aplikasi untuk dilancarkan menggunakan fungsi tweak Multify ini di peranti mereka .

Multify – Membawakan Fungsi Baru Multitasking untuk iOS 8 2
Multify – Membawakan Fungsi Baru Multitasking untuk iOS 8 4
Multify – Membawakan Fungsi Baru Multitasking untuk iOS 8 3

Paparan ikon yang terapung boleh dilihat pada paparan skrin peranti apabila sesuatu aplikasi itu dibuka atau diaktifkan. Pengguna boleh mengubah kedudukan paparan ikon dengan menyeret(swipe) ikon aplikasi yang aktif itu ke kiri dan ke kanan.

Multify – Membawakan Fungsi Baru Multitasking untuk iOS 8 1
Multify – Membawakan Fungsi Baru Multitasking untuk iOS 8 5

Seperti yang dinyatakan sebelum ini tentang kebolehan yang agak menarik mengenai tweak ini yang membenarkan beberapa aplikasi berjalan secara serentak. Jadi selepas ini, tiada lagi masalah untuk pengguna peranti iPhone untuk membaca artikel-artikel terkini di Dazmi.com sambil menoton video di Youtube.

Tweak Multify ini boleh didapati di repo BigBoss dengan harga $4.99 (kira-kira RM16) dan ianya boleh diguanakan oleh semua peranti Apple yang menggunakan iOS 8. Apa pandangan anda mengenai tweak ini?

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.