RecordPause adalah tweak yang dikeluarkan baru-baru ini dimana ia membolehkan pengguna untuk berhenti seketika(pause) dan menyambung semula(resume) video yang dirakam menggunakan aplikasi asal(stock app) Camera.

Sebahagian daripada aplikasi media sosial yang popular seperti Vine dan Instagram, mempunyai ciri-ciri yang sama. Kini, terima kasih kepada RecordPause, pengguna boleh berhenti seketika(pause) dan menyambung semula(resume) video terus dari aplikasi Camera iOS juga.

Selepas memasang tweak RecordPause ini, pengguna boleh mula menggunakannya dengan serta-merta. Hanya buka aplikasi Camera, beralih ke mod video, dan mula merakam video yang dikehendaki.

Apabila anda ingin memberhentikan rakaman video, sentuh(touch) pemasa pada bar paparan bahagian atas skrin. Pemasa tersebut akan bertukar menjadi kuning, yang menunjukkan bahawa proses pause sedang berlaku.

RecordPause – Kebolehan Untuk Pause dan Resume Video Yang Dirakam Menggunakan Aplikasi Camera 2

Apabila sudah bersedia untuk menyambung semula video, sentuh(touch) pemasa sekali lagi, dan rakaman video akan diteruskan . Pemasa juga akan kembali kepada warna putih bagi memberikan indikasi bahawa proses rakaman video sedang dilakukan.

RecordPause – Kebolehan Untuk Pause dan Resume Video Yang Dirakam Menggunakan Aplikasi Camera 1

Tweak ini merupakan satu idea yang hebat bagi pengguna yang selalu merakam video .Tweak ini boleh didapati secara percuma di repo BigBoss . Kongsi pandangan anda di ruangan komen di bawah mengenai tweak ini.

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.